Wednesday, March 18, 2009

Ringkasan

Salam...

Walaupun aku masih disini, ingatan ku tetap pada semua kawan-kawan yang berada dimana sahaja. Aku tetap aku...

Ingatan ku sering bermain kenangan manis dan pahit pada masa kecil sehingga kini...aku tetap aku..

Aku mencari jalan yang suci untuk dibawa pada masa akan datang...hanya PADA NYA aku berserah..

Thursday, February 12, 2009

Petikan Artikel Dari DSAI...- Tradisi Membenakkan Rakyat -

Tindakan Kementerian Dalam Negeri yang bertindak merampas nashkah Suara Keadilan dan Harakah jelas menggambarkan ketidakmatangan Umno berhadapan dengan realiti kebangkitan rakyat.

Saya yakin dan percaya bahawasanya perkembangan mutakhir di Perak yang dikupas secara imperikal oleh blog-blog, dan kini didedah melalui media alternatif seperti Harakah dan Suara Keadilan membuatkan Umno-BN berada dalam keadaan gundah gulana.

Untuk apa dirampas akhbar berkenaan sedangkan akhbar-akhbar tersebut beroperasi secara sah menggunakan permit? Apa perlu ia dirampas jika benar Umno-Bn bertindak ‘dalam landasan yang betul’?

Utusan Malaysia, Berita Harian menyebarluas propaganda Umno-BN, menenggelamkan isu pencabulan perlembagaan oleh kerajaan haram BN di Perak dan memperbesarkan istilah ‘mohon derhaka’ Dato’ Seri Ir. Nizar.

Tambah menggelikan hati apabila Ketua Polis Negara melarang sebarang ceramah politik di seluruh Perak. Alasannya? Permit ceramah akan dibekukan sehingga “situasi kembali elok.”

Aduhai! Mengapa tidak diharamkan terus penggunaan komputer dan akses internet di seluruh Perak?

Rakyat semakin celik, dan akan terus getek melihat tindak tanduk Umno-BN yang kelihatan gagal belajar dari keputusan PRU-12.

Umno-BN boleh terus berusaha untuk membenakkan pemikiran rakyat, tetapi di akhirnya mereka akan tahu kelak bahawa rakyat tidak bodoh dan tidak mudah untuk diperbodohkan!

ANWAR IBRAHIM

Petikan ini diambil dari blog DSAI..

11/02/2009...

Renungan bersama tentang KERAJAAN yang memerintah sekarang... so fikirkan apa yang perlu dilakukan oleh RAKYAT..yang mempunyai KUASA BESAR untuk melakukan perUBAHAN...

Friday, January 30, 2009

Semuanya ada

Dalam hati ini semuanya ada..
mahu ini ,mahu itu...

Dalam hati ini semuanya ada
Kemana saja mahu berjalan dan pergi

Dalam hati ini semuanya ada
Kekasih lama, mahupun baru

Dalam hati ini semunya ada..
Wang dan harta

Dalam hati ini semuanya ada..
Iman dan takwa...

Tuesday, January 20, 2009

Jika aku diberi masa
Mana akan ku pergi..?
Jika aku diberi jalan
Mana akan ku lalui?
Jika aku diberi pilihan
Mana akan ku pilihan?

Hati dan keimanan padaNYA
memberi keyakinan untuk melalui semuanya...
Tiada siapa yang akan memahami diri ini
Yang mengetahui segalanya hanya diri ini dan DIA

Tuesday, January 13, 2009

IA Pasti

Berjalan, berlari
Melihat,memejam
Bercakap,membisu
Mengangkat,membaling
Membaca,mengira
Duduk,berdiri
Menangis,Ketawa
Semuanya.......
Ia Pasti DATANG & PERGI

Tuesday, January 6, 2009

Kerna Ia

Pencarian perlu diteruskan
Agar memberi suatu jawapan
Yang mana ia adalah kepastian

Hati terus bergelora
Apakah yang dikurnia
Persoalan menjadi batasan
Kerna ia selalu berahsia

Agar jiwa sentiasa menduga
Kerna Ia adalah Ia..

Monday, January 5, 2009

Persoalan...

Jari menghitung,
Masa berjalan,
Hati bertanya,
Kaki melangkah.
Penghitungan makin dicari..
Apakah langkah seterusnya?

Peristiwa lalu mengajar perjalanan hidup..
Setia menanti apakah Si Dia di hati